Monday 23 July 2012

Konsep jihad

Bismillahhirrahmanirahim..

Maaf. Agak lama saya menyepi. Saya agak sibuk dengan urusan harian. Setiap hari ke sekolah dan menguruskan keluarga (saya belum berkahwin tapi ambil alih tugas menguruskan makan minum family jika saya berada di kampung). Di sini saya ingin kongsikan hasil tulisan saya . Jika salah mohon tunjuk ajar.


Konsep Jihad
Jihad merupakan kata masdar yang berasal dari kata جاهدت العدو مجاه ة وجهادا  jahdu (الجهد) dalam ayat ini bermaksud kesusahan atau kesulitan kerana melawan musuh. Menurut istilah pula, jihad mempunyai beberapa perbincangan. Para fuqaha membnincangkan dari aspek yang lebih luas iaitu suatu usaha memerangi orang kafir yang tidak terikat dengan mana-mana perjanjian untuk memeluk Islam. Istilah jihad ini merupakan istilah yang amat istimewa dalam agama Islam sebagaimana yang diterangkan oleh Dzafir al-Qasimi:
Tidak diragukan lagi, sesungguhnya jihad merupakan satu perkataan yang digunakan setelah kedatangan Islam dan belum pernah disebut atau didengar ketika zaman Jahilyyah. Ia tidak tercatat atau terdapat dalam syair-syair jahiliyyah pada masa itu.Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa perkataan jihad sangat berkait rapat dengan urusan agama yang datang bersama Islam sebagaimana juga perkataan solat, zakat dan sebagainya yang juga tidak terdapat pada zaman Jahiliyyah.
Dalam perbincangan dari aspek lain pula ia juga merujuk kepada usaha untuk melawan hawa nafsu untuk tetap mentaati perintah Allah atau lebih dikenali sebagai mujahadatun nafsi sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
Seorang mujahid adalah orang yang mengendalikan hawa nafsunya untuk mentaati Allah. (HR. Ahmad). Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari, ketika seorang pemuda meminta izin beliau untuk berjihad dan baginda bertanyakan,” Apakah kedua orang tuamu masih hidup?”, ia menjawab”, Ya, beliau bersabda,” Banyakkan berbakti kepada mereka.
Ibn Qayyim membuat analogi bahawa jihad nafsi (jihad melawan nafsu) lebih utama dari jihad mengangkat senjata kerana jihad melibatkan senjata hanya dapat dicapai setelah berjaya melewati fasa mujahatun nafsi. 
Apabila dikaji perkataan jihad sama ada dari sudut kata dasar atau penambahannya, ia dapat dikelaskan pada dua kelompok:
Kelompok pertama adalah istilah jihad yang digabungkan dengan sesuatu tujuan, maka ia dapat difahami dengan gabungan kata tersebut. Kelompok kedua pula adalah istilah jihad yang tidak digabungkan atau dikatakan mutlak bersendirian.



Fasa-fasa Disyariatkan Jihad

Jihad merupakan ibadah yang dalam proses tasyri’nya dapat dibahagikan dalam 4 tahap:
a.      Zaman Mekah

Ketika ini, tempuran senjata tidak disyariatkan lagi tetapi apa yang dituntut ketika ini ialah jihad menggunakan hujjah dan fakta yang bersumberkan dari dua sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyampaikan ajaran Islam pada ketika itu khususnya kepadamasyarakat Quraisy.
Allah berfirman : Dan jika Kami (Allah) menghendaki, nescaya Kami (Allah) utuskan kepada tiap-tiap negeri seorang yang memberi peringatan.  Maka janganlah engkau patuh kepada orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengannya (al-Qur’an) sebagai jihad yang besar( Surah Furqan ayat 51-52) .

Ibn Qayyim berkata bahawa surah ini diturunkan di Mekah dan pada ketika tu mereka menghadapi orang-orang kafir dengan dengan hujjah, penjelasan dan dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran. Malah setelah perjanjian Aqabah, sebahagian sahabat datang dari Yathrib untuk meminta keizinan daripada Baginda untuk menyerang penduduk ‘Aqabah dengan pedang, beliau menjawab : aku tidak diperintahkan untuk melakukan ini. Ia diperkuatkan dengan tegasan dari Allah s.wt dengan larangan peperangan di Mekah: 
Tidakkah engkau perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (belum sampai masanya untuk berperang), dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat.” Apabila (sampai) perintah diwajibkan berperang, tiba-tiba sebahagian daripada mereka menjadi takut kepada sesama manusia (musuh) seperti mereka takutkan Allah, atau lebih takut lagi, dan mereka berkata: “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Mengapa Engkau (Allah) wajibkan kami berperang, mengapa Engkau (Allah) tidak tangguhkan sehingga (sampai waktu) hampir ajal kami.” Katakanlah: “Kesenangan di dunia hanyalah sementara dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” (Nisaa’ayat 77)
B. Fasa Dibenarkan Jihad Qital Namun Belum Difardhukan.
Ketika rasulullah berada di Madinah, mereka membangunkan Madinah sebagai sebuah negara islam dan persiapan menghadai sebarang ancaman dari pihak kafir Quraisy galak dilakukan. Oleh yang demikian Allah telah membolehkan (bukan difardhukan) kaum muslimin ketika itu untuk mengangkat senjata, membela dan mempertahankan jiwa dan dakwah Islam dari sebarang bentuk penindasan sebagaiman yang termaktub dalam surah Al-Hajj ayat 39 yang bermaksud:
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
   
C. Fasa Difardhukan Jihad Qital Ke Atas Mereka Yang Melakukan Pemulauan Terhadap Kaum Muslimin.
Fasa ini juga dinamakan fasa jihad difa’ yang bermaksud berperang kerana membela diri di aman setiap kaum muslimin diwajibkan berperang menegakkan kalimah Allah dan bertempur melawan musuh. Firman Allah:
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.



D. Fasa Difardhukan Jihad Qital Terhadap Kekuatan Kufur Apapun Agama Dan Bangsa Mereka, Sekalipun Mereka Tidak Berperang Hingga Mereka Memeluk Islam Atau Membayar Jizyah.
Kaum musyrikin mekah mengalami kekalahan setelah berperang dengan 10, 000 ribu tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dan ini menjadi tanda bahwa permusuhan kaum Quraisy terhadap kaum Muslimin dan bilangan penduduk Mekah memeluk Islam semakin bertambah. Maka, Allah telah mewajibkan kaum kaum Muslimin memerangi kekufuran dengan penurunan ayat dari surah At-Taubah ayat 5 dan 36:
Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu dimana sahaja kamu menemuinya... (Surah taubah ayat )
Perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.(Surah taubah ayat 36)
Beginilah jihad thalab (jihad memerangi setiapa yang menghalang dakwah Islam) yang akhirnya diwajibkan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan ia menjadi ketetapan yang tidak akan berubah sehingga ke akhirnya. Ia diteruskan oleh para khalifah Ar-Rasyidin dan para khalifah serta pemerintah-pemerintah setelah meraka.
Hukum jihad:
a)      Fardhu ain
Ia menjadi kewajipan bagi muslimin dalam beberapa keadaan:
-          Ketika seorang Muslim sudah berada di medan pertempuran, maka fardhu ain baginya berjihad dan haram dan berdosa jika dia meninggalkan medan. Firman Allah dalam surah al-Anfal: hai orang-orang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka tetaplah. (ayat 45)
Hai orang-orang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu mundurayat 15
-          Jika musuh datang menyerang negara islam, wajib bagi setipa penduduk negara tersebut memperthankan negara tersebut sehingga musuh tersebut berjaya diusir.

b)      Fardhu kifayah
-          Ia berlaku apabila dimulakan dengan penyerangan terhadap sebuah negeeri yang penduduknya tidak beriman kepada Allah. Apabila ia dilaukuan oleh sebahagian kaum muslimin, maka terhapuslah dosa seluruh kaum muslimin. Firman Allah:
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang) oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Kepentingan Jihad Dalam Islam
Islam merupakan satu penyerahan diri dan ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah sahaja. Malah ia juga merupakan agama perdamaian. Antara asma Allah yang terkandung antara 99 nama-nama agungNya adalah As-Salam yang bermaksud penghormatan yang boleh dikaitkan dengan perdamaian. Ia dapat dan diimplikasikan dengan pelbagai method. Antaranya adalah perdamaian yang penuh kemuliaan ialah melalui peperangan yang melibatkan jasmaniah dan rohaniah. Hal ini diungkap sebagai jihad di jalan Allah untuk mewujudkan perdamaian.
Islam mengajak umatnya merealisasikan perdamaian dari segala aspek dan lingkungan, individu mahupun sosial,seperti perdamaian umat di peringkat negara mahupun antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, di sebaliknya, Islam mengajak umatnya menegakkan syiar Islam, mengelurakan manusia daripada kegelapan, kejahilan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik. Ia merupakan satu misi yang pernah diungkap oleh seorang sahabt, Rabi’ bin Amir r.a kepada panglima perang Parsi: “Kami datang untuk mengeluarkan manusia dari cengkaman penguasa menuju kepada keadilan islam, dari dunia yang sempit menuju kepada akhirat yang luas”.
Islam sangat menjaga keabadian hidup manusia dan memelihara kehidupan daripada sebarang ancaman bahaya. Oleh kerana itu, islam mengharamkan pembunuhan jiwa, mensyariatkan hudud, mencegah penyaniaan terhadap anggota badan dan mwujudkan diyat (denda) untuk mengekalkan perdamaian antara manusia.
Dalam masa yang sama, jihad juga dituntut dengan jiwa, harta dan lisan. Jihad ini merupakan medium yang paling berkesan untuk mengekalkan perdamaian, kebenaran dan juga keadilan. Apa yang perlu diingat adalah jihad bukanlah matlamat tetapi ia meruapakan salah satu wasilah untuk mencapai matlamat. Jihad bukan keganasan tetapi ia adalah wasilah untuk memrangi keganasan. Jihad bukanlah kezaliman tetapi ia merupakan satu medium untuk memadamkan kezaliman. Apa sahaja yang menghalangi satu perdamaian, maka jihad merupakan cara berkesan untuk mengembalikan kedamaian dalam kehidupan manusia.
Perdamaian dalam konteks ini akan lebih difahami dengan merujuk pada dua kategori jihad dalam syariat islam ini:
Pertama: jihad defensif (jihad ad-Difa’ie)
Kedua: jihad ofensif (jihad al-hajumi)
Pembahagian ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 39:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
Firman Allah:........sehingga tiada lagi fitnah....adalah jihad defensif dan manakla firmanNya: ....dan menjadilah agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata... adalah jihad Ofensif.
Kepentingan jihad defensif adalah mempertahankan agama, jiwa, keturunan, akal dan harta benda daripada fitnah yang dibawa oleh musuh yang memerangi umat Islam. Ia juga mampu mempertahankan Islam dari dipelekeh. Dalam masa yang sama ia mempertahan umat Islam daripada dibunuh oleh pihak musuh. Apabila sesebuah negara didserang dan penduduk islam akan dibunuh kerana bagi mereka darah orang Islam sesuatu yang murah, yang tidak bernilai. Seterusnya jihad ini adalah untuk mempertahankan keturunan umat Islam. Mereka tidak mahu umat Islam berkembang dan tidak mahu generasi Islam kekal. Kanak-kanak akan dibunuh ataupun mereka akan dipengaruhi tentang persepsi mengenai agama Islam itu sendiri. Malah akal dan pemikiran umat Islam akan dipertahankan dari pengaruh ideologi seperti atheis, komunis, kapitalis, sosialis, sekularis dan pelbagai lagi yang boleh menjatuhkan martabat orang Islam. Harta benda dipertahankan dan dielakkan dari dirampas kerana ia bukanlah milik individu tetapi merupakan milik rakyat dan negara seperti galian, minyak, tanam-tanaman dan sebagainya.
Atas dasar inilah islam membenarkan bahkan mewajibkan umatnya mengangkat senjata untuk memerangi musuh. Firman Allah:
Dan perangilah kerana agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan jangalah kamu menceroboh kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah ayat 190)
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan (Al-Baqarah ayat 190)
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (al-Hajj ayat 39)
Ia berbeza dengan jihad ofensif yang merupakan satu gerakan Islam untuk menegakkan agama Islam ke tempat yang paling tinggi. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 39:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.

Ini adalah kerana bumi dan semua manusia yang hidup di atas muka bumi adalah milik Allah manakala manusia merupakan khalifah Allah yang bertanggungjwab untuk membersihkannya daripada segala perbuatan syirik dan taghut, segala kegiatan kufur yang boleh memecahbelahkan kehidupan manusia. Firman Allah:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. (al-Baqarah ayat 284)
Dan dialah yang menjadikan kami khalifah di bumi (al-An’aam ayat 165)
Apabila disebut agama Allah, ia tidak sama seperti agama-agama lain yang wujud di bumi ini seperti Buddha, Hindu dan Kristian di mana ia hanya meliputi kehidupan penganutnya di dunia sahaja. Agama Allah adalah syariat Islam yang memandu perjalanan penganutnya dari sudut individu mahupun masyarakat, dari sudut kekeluargaan mahupun kenegaraan, dari sudut lehidupan mahupun kematian dan dari sudut dunia mahupun akhirat.
Kepentingan jihad ofensif ini akan lebih difahami apabila kita membicarakannya dari 5 sudut yang menjadi asas kehidupan manusia iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta benda:
Pertama: Agama
Jihad ofensif menjadikan Deen ah sebagai satu-satunya agama yang tertinggi dan agama lain berada di bawahnya. Manusia bebas memlih untuk memilih mana-mana agama yang dianutinya kerana Islam tidak memaksa manusia untuk menganut agama Islam. Mereka boleh memilih.
Allah berfirman: Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. (al-Kahfi ayat 29)
Di sini dapat dilihat bahawa jihad ofensif tidak bertindak paksaan dalam kehidupan seseorang untuk menukar agamanya. Dia boleh mengamalkan kepercayaan agamanya secara peribadi di bawah pemerintahan negara Islam dengan syarat dia membayar jizyah. Dia boleh minum arak dengan syarat tidak melakukannya di hadapan khalayak ramai dan tidak boleh mengajak orang lain untuk menyertainya di mana agama orang tersebut juga mengharamkan arak.
Kedua: Jiwa
Jihad ofensif menjadikan agama sebagai sesuatu yang memelihara seluruh lapisan manusia daripada kezaliman, penindasan dan pembunuhan sesama manusia. Agama Islam telah menggariskan panduan dan hukum yang menghalang orang yang berkuasa daripada menganiayai orang yang lemah. Hal ini kerana Islam menekankan keadilan dan kesaksamaan. Sesiapalah yang menyalahinya akan dihukum di dunia atau pun akhirat.
Justeru jihad ofensif bukalah satu tindakan kezaliman ke atas jiwa manusia tetapi ia adalah untuk mengawal sebarang kezaliman yang mungkin akan terjadi.
Ketiga: Keturunan
Sebagaimana syariat Islam memelihara jiwa manusia, ia juga memelihara keturunan manusia. Ini adalah bagi memelihara masyarakat sesebuah negara atau bangsa untuk meneruskan kesinambungan generasi mereka. Mereka bebas mengamalkan adat tradisi mereka dan kebudayaan sesebuah masyarakat asalkan ia ia tidak tergolong dalam perbuatan syirik dan kufur.
Keempat: Akal
Syariat Islam juga memeliahra akal manusia daripada disesatkan oleh idelogi ciptaan pihak tertentu yang hanya mementingkan diri mereka sahaja seperti ideologi atheis, kounis, kapitalis, sosialis, sekualris  dan sebagainya.  Isla tidak membawa apa-apa ideologi dan jihad ofensif ini tidak menzalimi akal manusia bahkan memberi perlindungan kepada akal manusia daripada dipengaruhi atau dirosakkan.
Kelima :Harta benda:
Jihad ofensif tidak bertujuan untuk merampas harta benda manusia dan negara tetap mahu dipelihara ari disalahguna. Jihad ofensif hanya menuntut pembayaran jizyah dalam jumlah yang kecil dan intu, pemerintahan Islam akan memelihara kesihatan dan keselamatan mereka.
Tanpa syariat Allah yang mengurus harta benda manusia, pihak lain akan mengambil kesempatan dan tidak mustahil akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Demikianlah lima asas kehidupan manusia yang dipleihara dan diurusi dengan adil oleh syariat Islam. Jihad ini tidak boleh diabaikan kerana ia seolah-olah menyokong kezaliman untuk bermaharajalela secara langsung atau tidak langsung. Lebih parah lagi, pengabaian ini akan membawa agama Islam untuk tunduk pada agama-agama lain. Nauzibillah.
Demikianla penerangan dan perbahasan yang dapat dikemukakan, dan ia dapat dirumuskan beberapa point penting:
1.      Dari sudut Istilah jihad adalah berusaha bersungguh-sungguh dengan mengumpulkan segenap keupayaan termampu untuk melakukan sesuatu sehingga mengalami kesulitan di dalam usaha tersebut.

2.      Jihad dari sudut syariat adalah bergantung kepada konteks penggunaannya. Apabila ia digandingkan dengan satu tujuan, ia disesuaikan dengan tujuan tersebut, apabila ia wujud secara bersendirian, ia bermaksud memerangi orang kafir dan ia adalah demi meninggikan kalimah Allah.

3.      Islam adalah agama yang memliki matlamat, memuliakan keduudkan, meninggikan darjat, memelihara kemaslahatan dan menjaga kedamaian manusia sejagat. Islam mensyariatkan jihad untuk mencapat saranan nini dengan berkesan.

4.      Jihad dalam Islam bukanlah matlamat tetapi adalah salah satu saranan untuk mencapai matlamat.

5.      Amalan jihad memiliki dasar yang kukuh di dalam Quran dan Sunnah yang sahih dan merupakan amalan yang paling utama, tinggi dan mulia kerana ia dapat memberi manfaat kepada seluruh manusia.


RUJUKAN
Al-Quranul Karim.
Terjemahan Al-Quran pimpinan Ar-Rahman, 2003, Kuala Lumpur.
Hafiz Firdaus Abdullah (2003), Apakah Jihad Di Jalan Allah?, Perniagaan Jahabersa, Johor bahru.
Erwandi Tarmiziz, (2007), Konsep Jihad Dalam Islam, Maktab Dakwah Dan Bimbingan Jaliyat Rabwah, Indonesia.





Tuesday 12 June 2012

Turn Back

Salam..

sudah lama saya tinggalkan blog saya ni..Agak sibuk dengan tuntutan assiegnments yang tidak putus-putus.Insya allah break sem yang agak panjang ni saya akan buatkan beberapa post yang menarik. 

Insya Allah.

Pray for me..

Thursday 26 January 2012

تنفيذ عملية تعليم وتعلم اللغة العربية في غرفة الصف الثاني



٤٠١ مفهوم التعليم المصغر والتعليم المكبر
تعليم المصغر هي تعليم التي تستعمل في مجموعة الصغيرة يكون تدريبا على المعلمي. تعليم المصغر تهدف على تخفيض مسائل في الدراسة.تعليم المكبر هي تعليم عمليا تشمل على المقدمة وتمحيد الموضوع وتطور وتقييم والخاتمة التعليم.تعليم المكبر تستعمل عادة في الفصل. يجب على المعلمي تخطيط وتنفيذ خطة التدريس الكاملة التي يكون تعليما فعالا قبل تنفيذ تعليم المكبر.  

٤٠٢ اعداد خطة التدريس اليومية الكاملة لموضوع واحد في حصة واحدة من الموضوعات المختارة في الكتاب المدرسي الجديد للصف الأول.
اليوم/ الفصل / الحصة
المحتوى
الملاحظة
الإثنين
١ ماجو

٧.٣.-٨... صباحا
(حصة واحدة)



المحور : الأدوات الدراسية
الوحدة ٤ :أدواتي ) قلمُ رَصاص، دفتر  ، كتاب ، ممحاة ، مسطرة (

معيار المحتوى:    ,٨,٣
معيار التعلم   :٣.١, ٣.٢, ٨.٢.
نتاج التعلم :
في آخر الدرس ، يتمكن التلاميذ من :-
1.            الاستماع إلى الكلماتات استماعا صحيحا
2.            ترديد الكلمات المدروسة بنبراتها الصحيحة.
3.            نطق الكلمات المدروسة مع التمييز بينها نطقًا صحيحاً.

الأنشطة المقترحة :
1.            يعرض المعلم الأشياء الموجودة عن أدوات الدراسية في الفصل.
2.            يطلب المعلم من التلاميذ ذكر الأشياء المذكورة.
3.            يشير المعلم إلى الأدوات الدراسية على الشاشة ونطقها.
4.            يطلب المعلم من التلاميذ ترديد الكلمات مع الأشارة إليها جماعيا ، فـئويا ثم فردياً.
5.            يطلب المعلم من التلاميذ توفيق الصور والكلمات على السبورة.

وسائل المعينة:
 بطاقة الكلمات, أدوات الدراسية, الحاسوب
المنهج الربط والتكامل :

العنصر التجارية:
١. ١الالتزام

١.٢ الثقة العالية بالنفس

الملاحظة الذاتية:
يتمكن ٢. من ٣. التلاميذ يسيطرون الدراسة .
الباقي ١.–لممارسة الدراسة .






المنهج المعياري للغة العربية للمدارس الإبتدائية


٣٠١ تعريف المنهج الدراسي
·       تجربة التدليك التي تحددها المدرسة لتأديب طريقة التفكير والتصرف
(Valiga، T. & Magel، C. ، 2001)
·       المنهج المدرسي هو عبارة عن سلسلة من الأحداث المخطط لها تهدف إلى تفعيل التلاميذ في التعليم المدرسي.
·       تقرير لجنة وزارية عام 1979 ، في السياق الماليزي، يمكن تعريف المنهج الدراسي على النحو التالي : "كل التخطيط التربوي التي تقوم بها المدرسة أو المؤسسة التعليمية لتحقيق الأهداف التعليمية. المنهج يتكون من جانبين من جوانب المنهج والموضوع من أنشطة التعليم والتعلم والمناهج الدراسية ، مثل المجتمعات، والرياضة ، والوحدات النظامية. ''

٣٠٢ الغرض العام والأغراض الخاصة للمنهج الدراسي الجديد للغة العربية (المنهج المعياري للمدارس الإبتدائية ( ( KSSR مع ذكر ركائز المادة.
أ‌)       غرض العام: ويمكن تزويد تلاميذ المدارس الابتدائية بالمهارات اللغوية الأساسية، وخصوصا في اللغة العربية.
ب‌)  الأغراض الخاصة:
- تأكيد جميع التلاميذ على مستوى المحددة.
- ضبط العلم ومهارات وقيمة التي تقييم بالواضح.
- الإصلاح في تخطيط التعليم.
- مكافحة مسائل الطلاب الضعفاء في التعليم.
- تحقيق التقييم في المدرسة.

ت) ركائز المادة:
مستوى
ركائز
٥ و ٦ سنة
·       التطورات عقليا وجسميا وروحيا وعاطفيا
·       التحضير ال مدرسة الإبتدائية و التعرض بالمهارات اللغوية الأساسية الأربع من الاستماع والكلام والقراءة والكتابة والحسابة.
مستوى ١
مدرسة الإبتدائية (صف الأول الى الثالث)
·       احاطة بالمهارات اللغوية الأساسية الأربع  والحسابة , والمهارات الأساسية نكنولوجيا المعلومات والإتصالية, والتطورات عاطفيا وروحيا وعقليا وجسميا متحليا بالأخلاق الكريمة والقيمة.
مستوى ٢
مدرس الأبتدائية (صف الأربع الى السادس)
·       استعمال على المهارات اللغوية الأساسية الأربع  والحسابة , والمهارات الأساسية نكنولوجيا المعلومات والإتصالية والتطورات عاطفيا وروحيا وعقليا وجسميا متحليا بالأخلاق الكريمة والقيمة.

٣٠٣ محتوى المنهج المعياري للمدارس الإبتدائية (KSSR) 
  - محتوى
- شكل
- مادة
- التنظيم
- التقييم
- إدارة المناهج
- إدارة الوقت
- طريق التعليم
p/s: Ini merupakan sebahagian hasil kerja saya mengenai KSSR dan saya telah menterjemahkan dalam bahasa Arab.Moga ada istifadahnya. background di dalam kota tu tak dapat saya elakkan...maafkan atas kekurangan.  

Wednesday 25 January 2012

First Entry

بسم الله الرحمن الرحيم....

Alhamdulillah....
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengilhamkan cetusan idea untuk membuka satu lagi blog yang berkonsepkan ilmiah dan juga perkongsian dalam menyampaikan wadah ilmu yang amat luas khususnya bidang Pendidikan Islam ini. 

Perkongsian yang akan dimuatkan dalam blog ini merupakan hasil pembacaan saya ataupun komen dan pendapat saya tehadap sebarang masalah ataupun apa sahaja yang berkonsepkan ilmiah. Jika ada yang diambil dari sebarang sumber saya akan jelaskan di hujung penulisan.

Semoga perkongsian dapat dimanfaatkan dan  sebarang komen atau pendapat boleh diajukan di emel saya: islamioeducation@gmail.com.

Wallaua'lam....